Subscribe:

PEMBERITAHUAN

Audit 5S kali Ke-6 akan diadakan pada 6 September 2012. Semua kumpulan sila ambil tindakan asing-masing mengikut kawasan yang ditetapkan.

Thursday 10 November 2011

Audit Dalaman 5S Kali Ke-4 ( 9 November 2011 )

Sunday 23 October 2011

Jawatan Kuasa Unit Promosi

Jawatan Kuasa Unit Latihan

Jawatan Kuasa Audit Dalaman

Sunday 16 October 2011

Audit Dalaman 55 Kali Ke-3 (13/10/2011)

Tuesday 11 October 2011

Kursus Auditor Dalaman 55 ( 2 Julai 2011 )

Kursus 5S Ketua-Ketua Tingkatan ( 27 Julai 2011 )

Kursus 5S Pegawai Atasan (14 Mei 2011)

Wednesday 5 October 2011

Kursus Amalan 5S/QE

Kursus pengenalan ini diadakan pada 21 Mei 2011 untuk semua guru dan staf SMK Clifforddari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Kursus ini dikendalikan oleh Prof Nazri Bin Kulup Mahmud, Konsultant 5S/QE dari NKM Q Konsult untuk memberi pendedahan mengenai konsep 5S untuk diaplikasi bagi memantapkan keadaan persekitaran sekolah.

Dengan mengamalkan konsep 5S ini, SMK Clifford berhasrat untuk mencapai tahap persekitaran yang maksimum serta menuju ke arah pensijilan 5S.

Monday 3 October 2011

Polisi 5S

Dasar 5S

Kami Warga SMK Clifford Bertekad Melangkah Ke Arah Transformasi Untuk Membudayakan Amalan Persekitaran Yang Berkualiti ( 5S ) Secara Berterusan Bagi Menjaga Kebersihan Di Tempat Kerja Dengan Kerjasama, Bergotong Royong, Bermuafakat dan Menggalakkan Semangat Setiakawan Untuk Meningkatkan Keselamatan, Produktiviti Serta Imej Perkhidmatan Yang Berkualiti Demi Memenuhi Keperluan Pelanggan.

Matlamat 5S 

Mewujudkan budaya amalan persekitaran berkualiti yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dari aspek kebersihan, keselamatan, semangat dan kerjasama, peningkatan produktiviti dan perkhidmatan yang berkualiti


Objektif 5S
  • Mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan di tempat kerja.
  • Mengamalkan semangat setiakawan dalam kalangan warga sekolah.
  • Meningkatkan produktiviti dan imej perkhidmatan yang berkualiti.
 

Sunday 2 October 2011

Kumpulan 5S CSKK

KUMPULAN JADE
Ketua :
Setiausaha :
Auditor 1 :
             2 :
Unit Promosi  1 :
                     2 :
Unit Latihan   1 :
                     2 :

Saturday 1 October 2011

Tips Jimat Air


 Tandas
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah. 2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

Menjaga Kebersihan Tempat Kerja

Kebersihan adalah tanggung jawab setiap orang dan mensyaratkan kepada kita semua untuk menjaga tempat kerja agar bersih, rapi dan teratur sehingga kondusif untuk melakukan pekerjaan.

Amalan 5S


1. Sisih (Seiri)
Mengasing dan membuang benda-benda yang tidak diperlukan di tempat kerja.
  • Diperkenalkan oleh Prof Yuji Aida - The Art of Throwing Away
  • Membuang sikap suka menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan
  • Kegagalan melaksanakan SEIRI mengakibatkan kesukaran untuk melaksanakan 4S yang seterusnya
  • Kaedah untuk mendapatkan ruang kerja yang luas
 Kategori benda :-
  1. Diperlukan
  • Selalu digunakan
  • Kadang-kadang digunakan
  • Jarang digunakan
     2. Tidak diperlukan
  • Benda yang tidak digunakan langsung
  • Benda yang berlebihan
SEIRI yang berkesan :-

Permulaan
  1. Lancarkan hari pembersihan secara menyeluruh
  2. Pastikan kesan yang besar pada hari tersebut
Kawalan
  1. Lakukan SEIRI sekurang-kurangnya setahun DUA kali secara beramai-ramai
  2. Lakukan SEIRI sekurang-kurangnya sebulan sekali secara berkumpulan
  3. Elakkan pemesanan yang berlebihan
  4. Laksanakan kempen "one is best"
  5. Laksanakan teknik Akafuda
 Apa itu teknik AKAFUDA?
  • Teknik "How to visualize"
  • Tag merah digunakan untuk tidak pasti digunakan
  • Cabut tag merah sekiranya digunakan
  • Tetapkan tempoh untuk benda tersebut dialihkan
  • Alihkan sekiranya tag merah melampaui tempoh tersebut
  • Tentukan samada dibuang, jual atau hantar ke tempat lain
2. Susun (Seiton)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil apabila diperlukan.

Matlamat SUSUN:
  1. Mewujudkan tempat kerja yang kemas
  2. Menghasilkan tempat kerja yang efisien dan efektif
  3. Meningkatkan produktiviti melalui pengurangan masa mencari barang
Contoh aktiviti SUSUN :
a) Susun semua barang di tempat yang telah ditetapkan
b) Penyimpanan dan pengeluaran 30 saat
c) Standard simpan fail
d) Penandaan tempat dan zon
e) First in, first out (FIFO)
f) Papan notis yang kemas
g) Notis yang senang dibaca
h) Meja yang tersusun rapi
i) Penyusunan yang lurus dan bergaris tepat


3. Sapu (Seiso)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi sehingga tiada habuk, minyak dan kotoran.


Perkara pentin semasa aktiviti SAPU:
a) Cuci ialah pemeriksaan
b) Perasaan kepunyaan


Contoh aktiviti SAPU:
  • Amalan 5-10 minit SAPU setiap hari
  • Lakukan sebelum dan selepas kerja
  • Pembersihan bersama pemeriksaan
  • Ulang " Sweep-Wipe-Polish-Check-Fix"
  • Laksanakan hari pembersihan umum setahun 2 kali
  • Jalankan "Kempen Bersih Berkilat"
Jenis-jenis SEISO:
a) Mengemaskan kawasan kerja secara bersama (MAKRO)
b) Mengemaskan tempat kerja individu setiap hari.(INDIVIDU)
Menyelesaikan punca kekotoran.(MIKRO)

4. Seragam (Seiketsu)
Sentiasa memelihara piawai penjagaan kebersihan dan pengelolaan tempat kerja.


Matlamat SERAGAM:
i) Pengurusan Standard untuk mengekalkan 5S
ii) Menekankan pengurusan visual


Apakah maksud 'Pengurusan Visual'?
a) Mudah diletak semula
b) Mudah dilihat
c) Mudah diambil
d) Mudah dicari

Matlamat Pengurusan Visual:
  • Memudahkan untuk mematuhi undang-undang
  • Memudahkan untuk engambil dan menyimpan benda
  • Mengesan masalah atau kerosakan secara visual
  • Menjimatkan masa untuk mengesan masalah
  • Menjadikan kawasan kerja lebih kemas
  • Mengurangkan masa mencari barang
  • Mengurangkan masa pemeriksaan
Kaedah Pengurusan Visual :
1) Label
2) Gambar Rajah
3) Tanda Pengenalan
4) Warna Pengenalan
5) Penutup Lutsinar


5. Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Selalu mematuhi peraturan penjagaan kebersihan - DISIPLIN DIRI

Matlamat Selalu Amal :
  • Melatih staf dan pekerja agar dapat selalu menjaga kebersihan
  • Mejadikan komunikasi dan maklumbalas sebagai agen perubahan
Aktiviti SHITSUKE :
a) Pelancaran 5S
b) Kempen dan Latihan Kesedaran 5S
c) Jadual pembersihan
d) Agihan zon tanggungjawab
e) Berikan "Tuan Punya" (ownership) mesin atau peralatan
f) Bangunkan tatacara pembersihan (jika perlu)
g) Bangunkan manual 5S
h) Rekodkan gambar Sebelum dan Selepas (kaizen)
i) Jalankan skim cadangan untuk 5S
j) Pertandingan antara zon

Sumber :  NKM Q Konsult