Subscribe:

PEMBERITAHUAN

Audit 5S kali Ke-6 akan diadakan pada 6 September 2012. Semua kumpulan sila ambil tindakan asing-masing mengikut kawasan yang ditetapkan.

Saturday 1 October 2011

Amalan 5S


1. Sisih (Seiri)
Mengasing dan membuang benda-benda yang tidak diperlukan di tempat kerja.
  • Diperkenalkan oleh Prof Yuji Aida - The Art of Throwing Away
  • Membuang sikap suka menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan
  • Kegagalan melaksanakan SEIRI mengakibatkan kesukaran untuk melaksanakan 4S yang seterusnya
  • Kaedah untuk mendapatkan ruang kerja yang luas
 Kategori benda :-
  1. Diperlukan
  • Selalu digunakan
  • Kadang-kadang digunakan
  • Jarang digunakan
     2. Tidak diperlukan
  • Benda yang tidak digunakan langsung
  • Benda yang berlebihan
SEIRI yang berkesan :-

Permulaan
  1. Lancarkan hari pembersihan secara menyeluruh
  2. Pastikan kesan yang besar pada hari tersebut
Kawalan
  1. Lakukan SEIRI sekurang-kurangnya setahun DUA kali secara beramai-ramai
  2. Lakukan SEIRI sekurang-kurangnya sebulan sekali secara berkumpulan
  3. Elakkan pemesanan yang berlebihan
  4. Laksanakan kempen "one is best"
  5. Laksanakan teknik Akafuda
 Apa itu teknik AKAFUDA?
  • Teknik "How to visualize"
  • Tag merah digunakan untuk tidak pasti digunakan
  • Cabut tag merah sekiranya digunakan
  • Tetapkan tempoh untuk benda tersebut dialihkan
  • Alihkan sekiranya tag merah melampaui tempoh tersebut
  • Tentukan samada dibuang, jual atau hantar ke tempat lain
2. Susun (Seiton)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil apabila diperlukan.

Matlamat SUSUN:
  1. Mewujudkan tempat kerja yang kemas
  2. Menghasilkan tempat kerja yang efisien dan efektif
  3. Meningkatkan produktiviti melalui pengurangan masa mencari barang
Contoh aktiviti SUSUN :
a) Susun semua barang di tempat yang telah ditetapkan
b) Penyimpanan dan pengeluaran 30 saat
c) Standard simpan fail
d) Penandaan tempat dan zon
e) First in, first out (FIFO)
f) Papan notis yang kemas
g) Notis yang senang dibaca
h) Meja yang tersusun rapi
i) Penyusunan yang lurus dan bergaris tepat


3. Sapu (Seiso)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi sehingga tiada habuk, minyak dan kotoran.


Perkara pentin semasa aktiviti SAPU:
a) Cuci ialah pemeriksaan
b) Perasaan kepunyaan


Contoh aktiviti SAPU:
  • Amalan 5-10 minit SAPU setiap hari
  • Lakukan sebelum dan selepas kerja
  • Pembersihan bersama pemeriksaan
  • Ulang " Sweep-Wipe-Polish-Check-Fix"
  • Laksanakan hari pembersihan umum setahun 2 kali
  • Jalankan "Kempen Bersih Berkilat"
Jenis-jenis SEISO:
a) Mengemaskan kawasan kerja secara bersama (MAKRO)
b) Mengemaskan tempat kerja individu setiap hari.(INDIVIDU)
Menyelesaikan punca kekotoran.(MIKRO)

4. Seragam (Seiketsu)
Sentiasa memelihara piawai penjagaan kebersihan dan pengelolaan tempat kerja.


Matlamat SERAGAM:
i) Pengurusan Standard untuk mengekalkan 5S
ii) Menekankan pengurusan visual


Apakah maksud 'Pengurusan Visual'?
a) Mudah diletak semula
b) Mudah dilihat
c) Mudah diambil
d) Mudah dicari

Matlamat Pengurusan Visual:
  • Memudahkan untuk mematuhi undang-undang
  • Memudahkan untuk engambil dan menyimpan benda
  • Mengesan masalah atau kerosakan secara visual
  • Menjimatkan masa untuk mengesan masalah
  • Menjadikan kawasan kerja lebih kemas
  • Mengurangkan masa mencari barang
  • Mengurangkan masa pemeriksaan
Kaedah Pengurusan Visual :
1) Label
2) Gambar Rajah
3) Tanda Pengenalan
4) Warna Pengenalan
5) Penutup Lutsinar


5. Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Selalu mematuhi peraturan penjagaan kebersihan - DISIPLIN DIRI

Matlamat Selalu Amal :
  • Melatih staf dan pekerja agar dapat selalu menjaga kebersihan
  • Mejadikan komunikasi dan maklumbalas sebagai agen perubahan
Aktiviti SHITSUKE :
a) Pelancaran 5S
b) Kempen dan Latihan Kesedaran 5S
c) Jadual pembersihan
d) Agihan zon tanggungjawab
e) Berikan "Tuan Punya" (ownership) mesin atau peralatan
f) Bangunkan tatacara pembersihan (jika perlu)
g) Bangunkan manual 5S
h) Rekodkan gambar Sebelum dan Selepas (kaizen)
i) Jalankan skim cadangan untuk 5S
j) Pertandingan antara zon

Sumber :  NKM Q Konsult

No comments:

Post a Comment