Subscribe:

PEMBERITAHUAN

Audit 5S kali Ke-6 akan diadakan pada 6 September 2012. Semua kumpulan sila ambil tindakan asing-masing mengikut kawasan yang ditetapkan.

Saturday 1 October 2011

Gotong-Royong Perdana 5S

Gotong-royong perdana 5S ini diadakan pada 28 September 2011 dan dikelolakan oleh unit promosi yang diketuai oleh En. Abdullah Bin Mohd. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 1.00 petang.

Aturcara dimulai oleh ucapan pengerusi majlis, Ustaz Khalili Bin Jamaludin. Seterusnya ucaptama dan perasmian program daripada Pengetua Cemerlang DG54, Pn. Hjh. Norliah Binti Hj. Mohd. Lazim selaku pengarah program 5S SMK Clifford.

Seterusnya, Ketua Unit Promosi 5S, En. Abdullah Bin Mohd. memberikan taklimat ringkas mengenai senarai dan pembahagian tugas kepada para pelajar dan guru mengikut kumpulan masing-masing.

Kemudian, acara penyerahan fail kumpulan 5S disampaikan oleh Pengarah 5S kepada Ketua-ketua Kumpulan atau wakil yang hadir.

Acara gotong-royong perdana ini diakhiri dengan jamuan ringkas Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment